Monday, 19 January 2015

Tuhan bukan saja saja nak beri.


kau dapat nikmat, tapi kau kufur nikmat.

kau dapat nikmat, tapi kau masih buat maksiat.
--
apa kau fikir Tuhan saja-saja nak beri?
bila Allah tak beri nikmat, kata Allah tidak sayang?
bila diberi, sedikit sungguh kau bersyukur?
-- husnudzhon dengan Allah. Allah tak beri, bukan tak sayang
cuma mungkin ada hari kau akan terima daripada Allah
sabar dan husnuzhon.

huwaaaaa, kagumnya!

Kagum.
Aku sangat kagum dengan insan insan di atas jalan dakwah tarbiyah ini.
Yang kebanyakannya, pernah melalui detik detik peritnya dalam menyusuri jalan ini.
Dan kemudiannya, diberi kekuatan yang luar biasa dari Tuhan untuk lebih tegap dengan segala ujian tersebut.


Natijahnya,semakin banyak manusia yg dia sudah bina.
Tidak lain tidak bukan, kerana Tuhan dan Rasul, dia akan memastikan dakwah ini ada pewarisnya.
--muhasabah Kadang kita rasa kering dan kosong walaupun
sangat aktif dengan aktivis dakwah. Kau tahu kenapa?


Sebab kita tak ada apa nak beri. ilmu bukan sekadar ilmu tapi kefaham.
Kefahaman fikrah islam dan yang menggerakkan dakwah.
Kerana kita ingin memindahkan kefahaman ini kepada manusia.

Tarbiyah menghidupkan kita. Mengecas iman kita.

Saturday, 10 January 2015

nama kau apa? "Redha."

Redha.
Satu benda yang hati sangat berat untuk buat.
Sedang kita yang asyik menggaru kepala duduk memikirkan,
adakah ini yang terbaik Allah dah aturkan?


Percaturan Allah itu tak pernah silap dan tidak akan silap.
Mata kita mungkin nampak sesuatu itu tidak baik untuk kita.
tapi percayalah.
Perancangan Allah yang mana yang tidak baik? Terjeda.


Kita perlu move on. Dimana meletakkan sesuatu benda itu di belakang dan tidak menolehnya lagi,kita gagah untk melangkah setapak ke hadapan.
Dengan bertekad, kita perlu teruskan hidup ini kerana hikmah Allah itu sangat luas.
Percaturan Allah itu sangat cantik. dan segala yg Allah aturkan adalah yang terbaik untuk kita.
Sabar.


Dan percayalah.
Redhalah wahai hati.
Ya Allah didiklah hati aku untuk redha. Ini semua picisan ujian di dunia.
Ini semua fasa fasa yang mencabar buat kita,
dimana kita perlu menghadapi dengan hati yg kental dn suci
Buatmu,ukhty.

Friday, 9 January 2015

Say No "Kitaran Bodoh!"

bila hari hari kita tiada yang luar biasa.
berulang-ulang. sampai satu masa, aku ni diciptakan untuk apa sebenarnya? tidur-makan-kelas-tidur-makan-kelas-study-tidur-makan-kelas-study-berseronok.
cycle yang berulangan.

moga tidak berada dalam kitaran bodoh.
yang hanya menjadi hamba kepada benda yang tak kekal.
sedang mati pun kita taktau bila.