Bismillah.
Alhamdulillah , aku masih diberi nyawa dan daya untk membuat entry yg ke-4 . Paling penting , sangat bersyukur aku masih diberi nikmat iman dan islam :)
Sedikit perkongsian. Kami Form 4 masih dalam exam week. Tapi hampir nak sampai ke penghujungnya. InshaAllah semua akan berjalan dgn baik. Moga dipermudahkan oleh-Nya.
Semua pasti memikirkan result yg bakal diketahui tak lama lagi. Termasuklah aku. Apa yg aku fikirkan , "Adakah hasil yg aku dapat nanti , hasil usaha aku selama ni?" "Adakah hasil yg aku dapat nanti , semata-mata gred dan nombor sahaja? Dan tiada apa2 makna?"
Ia sering bermain di dalam fikiranku.
Tetapi aku sudah mendapat jawapannya.
"And they planned and Allah (also) planned, and Allah is the best of planners," [3:54]
Aku pegang pada kata-kata ini ! Aku yakin. Allah sudah merancang yg terbaik untk kita, tiada cacat cela. Man Jadda Wa Jadda. Siapa yg berusaha dia akan mendapat hasilnya. Jadi , apa yg kita perlu takutkan? Apa yg perlu kita risaukan, betul ?
Bila kita mendapat result yg teruk, be positive. Ujian buat kita. Allah ingin menguji hambaNya. Allah ingin melihat hambaNya lebih berusaha , kita kena la berusaha lebih lagi! Jangan pernah mengalah okay?
Bila kita mendapat result yg OSEM. Jangan terlalu bangga dengan result yg kita perolehi. Bangga lah kerana anda boleh membantu kawan-kawan, adik beradik dan lain-lain. Ingat. Jangan terlalu bangga. Syukur! Be thanks to Allah.
Jadi, Allah sebaik-baik perancang.
Wallahuaklam. Itu sahaja, moga kita semua diberi hasil yg osem juga! InshaAllah. Berdoalah kpd Yang Maha Berkuasa.
Peace Be Upon Him. Hope you will get something from this entry. May Allah bless us.
Friday, 19 October 2012
Thursday, 11 October 2012
Diamond. Keep it save!
Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong.
(Get this picture from Mlmh izreen facebook)
Bismillah.
"Terlakar sebuah kenangan."
Khamis bersamaan dengan 11 oktober 2012.
Alhamdulillah, KAMI, Banat F4 dan F2 (Empat org shj) Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi ke satu Pusat Jagaan Orang Tua di puchong dimana pusat jagaan ini kebanyakannya penghuni yg berada disini dari pesakit hospital yg tiada waris.
Saya tidak akan bercakap panjang. Cukup sekadar ringkasan drpd kenangan yg sudah terpaut dalam memori kami semua.
Kami sangat berterima kasih kpd Pengetua Pusat Jagaan ni, Puan Muji kerana sudi menerima kedatangan kami. Memberi kami peluang untuk bersama dengan ibu-ibu, ayah-ayah, merasai betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap kita. Betapa mereka telah banyak berkorban untuk kita.
Ingat, dari dalam perut ibu kita lagi, mereka sudah menjaga dan susah payah menjaganya sehingga sekarang yg masing2 sudah bijak membuat keputusan dan berjaya dalam kehidupan. Ingat! Salah satu kunci untuk kita nak masuk syurga Allah adalah DOA daripada IbuBapa kita. InshaAllah berjaya dunia dan akhirat!
Seterusnya , ada seorang hamba Allah yg suci, yg kami panggil 'oyang', dan oyang memanggil kami dgn panggilan 'nak' sperti biasa. Oyang telah menghidap penyakit HTP dan Stroke, tak silap saya. Oyang sangat cool . Oyang memang pandai speaking english. Kami berborak dgn oyang, kami mendengar nasihat oyang. Nasihat oyang saya ingat sampai sekarang!
"No boyfriend. This is to your own future!."
"Pilih kawan kena hati-hati, jangan pilih kawan yg suka enjoy je."
Bila kami menyuap oyang nasi, oyang berpesan.
"Nasi ni jangan bazir. Kena habiskan jugak, nak. Walau apapun, kena habiskan. Ada orang yg kat luar tak dapat makan nasi."
Walaupun nasihat oyang yg sangat ringkas. Ia sangat bermakna bagi kami.
Parents just like a diamond. Keep it savely! Keep it carefully! Allah telah kurniakan mereka buat kita. Jangan sia-siakan nikmat ini. Please, appreciate them while they are still alive. And do some kindness toward them. Mereka sangat OSEM sebenarnya.
"Bye. Thank you for coming." -Oyang-
Ya Allah, lindungilah mereka, berikanlah kekuatan kpd mereka, limpahkan rezeki yg melimpah ruah ke atas mereka, berikanlah kesihatan kpd mereka, bersihkanlah hati-hati mereka, jauhkanlah mereka drpd azab api neraka. Sesungguhnya, mereka itu sangat suci. Kau ampunilah dosa-dosa mereka samada yg sengaja atau tidak sengaja, yang kecil mahupun besar, yg dulu mahupun sekarang. Sungguh, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.
Wallahuaklam. Peace Be Upon Him. Sekadar perkongsian dan pengajaran.
Friday, 5 October 2012
SET the TARGET , and ACHIEVE your TARGET .
Bismillah.
"GOOOOAALLLL !"
Inilah targetku --> Mencapai mardhatillah dan SYURGA Allah
Sudah pasti di dunia yg aman ini , setiap manusia mempunyai target dalam hidup dia. Betul ? Saya tidak berkata bohong kerana saya pun pernah mengalami benda yg sebegitu.
Tetapi. Adakah semua yg kita target , dapat kita capai ? *Tepuk dada, tanya kemampuan diri*
Hakikat yang sebenar, matlamat hidup kita adalah untuk MENCAPAI REDHA ALLAH dan CHECK-IN JANNATUL FIRDAUS.
Siapa yang tak nak nikmat yg kekal abadi ni ? Saya pasti semua mahukannya. Tetapi ! Adakah dengan begitu sahaja kita perlu memasukinya? TIDAK SAMA SEKALI.
Sebagai contoh. ; Jika kita hendak membeli sesuatu barang yg berharga , semestinya kena ada duit yg banyak bukan? Ha! Sama jugak macam kita nak membeli akhirat dan syurgaNya dengan amalan-amalan kita di dunia untuk dibayar supaya kita semua boleh check-in ke Syurga itu.
Tapi, adakah cukup amalan kita? Adakah kita dah perfect ? TIDAK.
Jika tidak, apa yang kita kena buat ? Do something that can benefit you on the future and your Hereafter.
Simple solution!
Amar Maaruf Nahi Mungkar. 'Membuat kebaikan, Mencegah kemungkaran'.
Buat apa yg Allah suka , Allah suruh . Tinggalkan apa yg Allah tak suka , Allah larang. Sesungguhnya, Jannatul Firdaus menanti kita. Begitu juga sebaliknya, jika kita buat apa yg Allah tak suka, Allah larang, dan tinggalkan apa yg Allah suka, Allah suruh. Sesungguhnya, Neraka Jahannam itu sangat excited menunggu kita. Kita dah boleh membezakan antara yang baik dgn yg buruk. Jadi? Gunakan akal , bukan menggunakan nafsu serakah semata! *Fikir sejenak*
Jangan terlalu fikirkan diri sendiri. Ajaklah ibubapa, sahabat-sahabat 'Amar Maaruf Nahi Mungkar' dan sama-sama kita check in Jannah Allah. Sentiasa muhasabah diri , istiqamah dalam melakukan kebaikan.
Pray to Allah. Allah always listens. Fight for Jannah!
" Ya Allah, tetapkanlah hati-hati kami dalam agamaMu, tunjukilah kami jalan yang lurus. Peliharalah kami dari godaan Syaitonirrajiim, jauhilah kami dari azab api Neraka. Sesungguhnya Engkau Maha Mengasihani lagi Maha Mengetahui." Amiin Ya Rabbal Alaminn.
Wallahuaklam. Segala yg baik itu datang daripada Pencipta, dan segala kelemahan dan keburukan it datang daripada hambaNya sendiri. Semoga kita diberikan kekuatan untuk memperjuangkan agama Allah!
Peace Be Upon You.
Saturday, 29 September 2012
Titik permulaan.
Bismillah. Alhamdulillah.
Ini lah permulaanku. Jari jemari aktif menaip untuk membuat welcoming entry .
Aku akan manfaatkan laman ini selagi jari jemari aku sempurna.
Disinilah bermulanya pengembaraanku untuk mencari sesuatu yang luar biasa buat diri aku. Mungkin akan menjadi makanan untuk hati aku. Mungkin juga akan menghasilkan sesuatu yg luar biasa. Semua itu boleh terjadi. Laman ini juga mempunyai speciality iaitu sebagai medium untuk menyampaikan dakwah dan yang sewaktu dengannya. Dan itu sebagai target aku .
Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.[Muhammad : 7]
Subscribe to:
Posts (Atom)


