Friday, 22 May 2015

cabaran dan persaingan

dengan nama Allah, juga junjungan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

ramai yang bertanya perihal ini,
"ehh, boleh ke korang nak terbitkan zine ni? pastu nak terbitkan buku nanti, agak agak ada orang nak baca ke?"

ya, ramai yang bertanya soalan yang mirip-mirip ini.

kakak kakak abang abang pakcik mokcik luar sana,
kita menulis dan menghasilkan sebuah karya ini bukanlah inginkan sanjungan semata, mencipta nama sahaja, bukanlah kita melihat benda benda yang berbentuk material dan duniawinya sahaja. malah, kita melihat lebih menembusi tembok itu.

percayalah,
semua penulis yang aku kenali dan sangat femes dikalangan kita yang mendahagakan penulisan-penulisan berbentuk tarbawi dan dakwi ini, antaranya,  Inche Gabbana, Inspector Saahab, Afiq Sazlan, Adnin Roslan, Aiman Al-banna, Muharikah, dan sebagainya. ya, mereka juga semestinya tidak hanya pandang kepada duniawi sahaja. malah, masing-masing memiliki visi dan misi yang aku kira lebih besar. subhanallah, sungguh, selepas syed qutb, penulis puisi yg terhebat itu, nama-nama dan hasil karya-karya di atas lah inspirasi buat aku. karya mereka membuat aku ternganga. kahh! *cliche

selepas panjang lebar mukaddimah ni, tiba masa untuk aku masuk ke tajuk yang sepatutnya. mungkin lebih kepada pendapat peribadi aku. jadinya, tak semua akan bersetuju dengan apa yang aku cakapkan ni. baik.

cabaran dan persaingan.
ye, dalam arena menulis ni memang ada persaingan yang sangat kuat. dimana, semua orang nak menulis. semua orang hebat menulis. aku tidak menafikan semua tu.

aku cuba pesan kepada teamProjekZine,
"kerja kerbaikan dan kerja-kerja membawa manusia dekat dengan Tuhan, membawa manusia lebih sayang Nabi melalui karya-karya yang ditulis. dan itu adalah kerja semua. semua berhak. semua juga inginkan."

bayangkan,
kita menulis. even sepatah dua kata, manusia baca,
dah mengalir pahala,
mereka retweet/repost dan share dimana-mana pun apa yang anda tulis itu,
mengalir lagi pahala.
subhanallah!
Allah saja yang mengetahui banyaknya. tak terkira.

jadi,
kita kena tetap cuba melangkah dengan bergaya, dengan kemas, untuk membawa manusia dekat dengan Tuhan dan lebih sayangkan Nabi melalui karya-karya yang kita hasilkan. kerana pada akhir kerja kita, Allah juga yang lancarkan, yang memberi peluang kepada kita semua. sedikit sebanyak menjadi saham akhirat buat kita semua.

insya Allah,
lillahi taala!

...................................................
buat penulis-penulis tegar di luar sana!
ayuh,
jangan takut untuk melangkah,
malah takutlah pd Allah,
kerana,
kita menulis bukan hanya sebab 'nama' sahaja,
malah untuk capai redha-Nya. insya Allah, semoga!

..
*menarik nafas lega*
tak percaya dapat buat entri yang agak kelakor dan berbelit sebenarnya. haha! 'ala kulli hal, alhamdulillah, Tuhan yang menggerakkan jari-jari untuk menulis di papan kekunci ini. 

penulis yang marhaen,
PutriAdeila.

Monday, 18 May 2015

jatuh, berkali-kali.

berapa kali kau jatuh?
bilang guna jari, bukan sekali, 
malah berkali-kali.

apa Allah tak sayang?
apa Allah tu nak biarkan?
bukan,
ni tanda Allah nak uji.
ni tanda Allah nak kita lebih kuat.
ni tanda Allah nak kita lebih bebal dan 'immune' dgn ujian Dia.
ni tanda Allah sayang kita.
*segelen habuk masuk T.T

tapi kenapa sebegini rupa Allah beri ujian?
sepatutnya kita tak perlu persoalkan. sebab kita percaya ni semua kerja Tuhan. apa kita tak percaya? tepuk dada, diri. tepuk dada. ni semua aturan Dia.

ujian yang maha hebat, untuk orang yang hebat. maka, beruntungnya kita.

berkali-kali kita jatuh, kau bangkit, kita jatuh semula.
kenapa?
kita sendiri tahu iman kita macam mana.

kita sendiri faham, kita sendiri tahu, betapa struggle nya kita nak cuba ubah diri ni. buang jahiliyah secara totalitas! walaupun kita dah terjun dalam dakwahtarbiyah, kita tetap tak lari dripada noda dosa. tu pasti. tapi sama sekali tak layak jadi alasan yang konkrit. kita kena ubah diri. dari segenap aspek. kita kena cuba, ya, kita kena cuba even kita jatuh buat kali ke-sejuta sekalipun, Tuhan tu ada.

"tak layak jadi daie, lidah pun kadang tak boleh control tapi nak pumpang dakwah dakwah dakwah tarbiyah tarbiyah daie mad'u daurah bagai, qudwah pun tak menunjukkan dgn baik, mcm mana?"

istighfar, wahai diri.
ikhlaskan niat, perbaharui niat,
perbaharui taubat.

daie tu bukan sekadar title. tapi memerlukan gerak kerja kita. dgn bersungguhnya.

mungkin juga,
dengan dosa yg melekat pada badan kita,
dengan jahiliyah yg berbaki di dada,
dengan taubat yang tiada kesungguhan dalamnya,
membuatkan apa yg kita buat sia-sia, rasa kosong,
jatuh pun berkali-kali, kadang tu bukan sekejap, tapi lama.
lembik!

ya, memang lembik. sebab amal mutabaah terumbang-ambing, amal fardhi amal sunat ke laut. macam mana hati, iman dan diri tu nak konkrit? nak bebal? nak kuat? nastaghfirullah T.T

tapi,

ada benda yg menunjukkan Tuhan tu ar-Rahman :) 
apa dia?

ye, Allah yang hadirkan.
aku masih ada akhawat fillah dri seluruh pelusuk dunia.
aku masih ada sahabat-sahabat fillah,
dan satu-satunya sahabat fillah yg setia ada dengan aku,
jatuh bangun aku, suka duka aku,
untuk saat ini,
terima kasih dri lubuk jantung hati yg dalam buat anda, umairah! sampai Jannah, insya Allah.
aku mohon, tembak doa yg padu buat aku.
hadirnya mereka disekeliling, yang sentiasa memberi sentap. sentap pun bukan brand cikai-cikai, tpi luar biasa dan sungguh membangkitkan iman dan diri tika sedang jatuh gaung sedalam-dalamnya. dan juga, sentiasa mengingatkan aku tika lupa. Allahu, pedih mata ah! :')

itu dia,
kasih dan rahmat Tuhan :)

ikhwah akhawat,
sekarang, mulai sekarang, saat ini,
perbaharui diri.
perbaharui semangat.
perbaharui niat.
perbaharui taubat kau dgn sebenar-benar taubat.
perbaharui semuanya.
fillah. lillah. insya Allah.

kena faham, ada satu masa kita perlu bersendiri, bukan lari. tapi menilik dosa sendiri. dan pulang semula dengan diri yang baru, fresh! semoga.

kadang tu, menulis entri begini, supaya masa akan datang, melihat tulisan sendiri yang dulunya pernah jatuh, kemudian kuat untuk bangkit semula. 

"eh, itu kaulah!" 

"memang lah! aku pun manusia. bukan malaikat. ye dak?"

*senyum sambil tunjuk tanda aman* 

sekian,
penulis yang marhaen,
PutriAdeila.

Sunday, 17 May 2015

hijrah?

ya. suatu tika dahulu. aku juga pernah kenal erti jahiliyah. pernah kenal erti tarbiyah. subhanallah, sungguh berharga hidayah Allah. hijrah.

hijrah. bukan nama mak aku, bukan nama kucing aku. hijrah bukan kata nama. tapi satu kata kerja.

"ehh bro, hijrah tu apa?"

haa meh sini aku nak cerita.
hijrah tu kalau dari segi lughahnya, bermaksud "berpindah" atau banyak lagi definisi lain yang lebih tepat dan osem yang korang boleh letak.

definisi peribadi aku tentang "hijrah" adalah,
pabila kau sedang kembali menuju pulang kepada Allah, dalam pada masa yang sama, kau sedang kayuh pelan-pelan untuk tinggalkan jahiliyah ke belakang!
secara kau tak sedar, kau sudah berhijrah. moga istiqamah!

tapi,
bukan semudah itu.
tidak dikatakan kau tu beriman selagi kau tidak diuji olehNya.
mana mungkin semudah itu, hehh.
syurga pun mahal harganya, bukan?
atas sebab itulah nak dapatkannya bukan mudah!

pastinya,
ada orang tidak suka kita berhijrah. berubah.
ada orang taknak kawan kita sebab dah berubah.
ada antara ahli keluarga kita tak menyokong kita untuk berubah.
ada je orang nak tomah.
kita bukan buat jahat dan dosa dekat depa pun?
kita cuba buat baik, untuk Allah.
kita cuba tinggalkan karat jahiliyah, untuk Allah.

ayuh teman-teman gua yang paling kiut,
usah kau ambil kisah apa yang manusia sekeliling kata.
kau berubah kerana Allah, bukan kerana mereka. manusia.
kau kena tetap dengan jalan yang kau dah pilih dan terjun ni!
jangan hanya sebabkan peluru kata yang padu tu, buatkan kau makin elergik nak berubah, makin buat kau jauh drpd Allah. jangan. aku kata, jangan. aku ulang, jangan.

tak apa lah kalau tiada siapa nak berada sama-sama dengan kau.
kawan rapat, makin jauh.
family, kurang sokong.
tapi,
kau kena percaya dan yakin!
Allah tu sentiasa ada dgn hamba Dia yang nak kembali kepadaNya.
percayalah. kau harus kuat dan yakin!
satu hari nanti, mereka semua  pasti akan datang kembali dan menyokong padu dengan apa yang kau lalui :) insya Allah, semoga.

bila nak berubah ni, benda paling susah adalah sekor makhluk ni haa!

ISTIQAMAH.

kunci kepada istiqamah ialah ikhlas dalam perubahan. simple.
kau jangan pumpang terus nak buat amal-amal yang besar, tapi kau mula dari bawah. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. biar sikit asalkan berterusan. yang tu lagi Nabi suka. serius.

dan paling penting dalam perubahan ni,
kau kena keep on "contact" with Him,
sentiasa doa, pinta pd Dia, agar di-thabatkan di atas jalan menuju syurgaNya.

kuatkan tekadmu,
kuatkan azammu,
perbaharui niatmu,
perbaharui taubatmu,
hijrah ini,
tidak dibentang karpet merah juga 
tidak ditabur bunga mawar merah
kerana syurga itu tinggi nilainya, mahal harganya,
jadi tak semudah itu, 
untuk kau kecapi.
bantuan Ilahi sentiasa ada.

paling marhaen,
PutriAdeila.

Saturday, 9 May 2015

ARENA MENULIS

KAHKAH.

aku nak menulis?
ya, bagi yang tidak kenal, mungkin akan ketawa besar.
susuk tubuh yang kelakar orangnya, tengok muka sahaja boleh mengundang ketawa, yang susah juga nak nampak serius. tapi awas! dalam bekerja, serius! *woots
tapi bagi yang sudah lama kenal, alhamdulillah, sokongan itu sungguh mengharukan :)

dulu aku tulis sepatah dua patah berpatah-patah  ayat saja.
mana ada nak tulis puisi, menulis sampai beribu perkataan ini.
dulu, angan angan mat jenin je kot. wahai!

tapi,
tak salah bukan apa yang kita minat itu,
kita cuba raikan?
kita cuba asah sampai tajam?

aku mula berjinak menulis entri di blog,
kecundang.
diteruskan dengan menulis post-post di media sosial,
agak kurang.
tapi aku jumpa sesuatu,
nak menulis itu kau harus banyak membaca, tak kira lah genre buku apa, tapi kau membaca sampai sarat di kepala. dan kau belajar daripada situ. sedikit sebanyak.

aku mula perasan dan semakin nampak, 
sebenarnya, semakin banyak kita menulis, semakin matang ayat-ayat yang dibina. semakin banyak salah dalam penulisan kita, semakin bergaya dan kemas ayat-ayat kita. 

otai dalam penulisan pesan 
"kalau nak berkarya, kau kena berkarya dengan karya sendiri. biar orang nampak biasa, tapi ianya lahir dari kita."

terima kasih otai!

aku berharap dan semua penulis pasti berharap benda yang sama seperti aku,
setiap bait dan dicoretkan ini,
moga dikira olehNya.
setiap perkataan itu haruslah diterjemah dengan amalnya.
bukan mudah bukan? tapi aku cuba.

oh, jadinya?

tunggu zine sulung aku yang bakal diterbitkan tahun ini. 
sekumpulan penulis yang baru "merangkak" dalam dunia penulisan.

#TeamProjekZineMerangkak
- bungalejen_
- encik matahari
- fatihanazarna
- piqa
- zariffasyraf_
- ahstreak

doakan semuanya Allah permudahkan! 

Monday, 19 January 2015

Tuhan bukan saja saja nak beri.


kau dapat nikmat, tapi kau kufur nikmat.

kau dapat nikmat, tapi kau masih buat maksiat.
--
apa kau fikir Tuhan saja-saja nak beri?
bila Allah tak beri nikmat, kata Allah tidak sayang?
bila diberi, sedikit sungguh kau bersyukur?
-- husnudzhon dengan Allah. Allah tak beri, bukan tak sayang
cuma mungkin ada hari kau akan terima daripada Allah
sabar dan husnuzhon.

huwaaaaa, kagumnya!

Kagum.
Aku sangat kagum dengan insan insan di atas jalan dakwah tarbiyah ini.
Yang kebanyakannya, pernah melalui detik detik peritnya dalam menyusuri jalan ini.
Dan kemudiannya, diberi kekuatan yang luar biasa dari Tuhan untuk lebih tegap dengan segala ujian tersebut.


Natijahnya,semakin banyak manusia yg dia sudah bina.
Tidak lain tidak bukan, kerana Tuhan dan Rasul, dia akan memastikan dakwah ini ada pewarisnya.
--muhasabah Kadang kita rasa kering dan kosong walaupun
sangat aktif dengan aktivis dakwah. Kau tahu kenapa?


Sebab kita tak ada apa nak beri. ilmu bukan sekadar ilmu tapi kefaham.
Kefahaman fikrah islam dan yang menggerakkan dakwah.
Kerana kita ingin memindahkan kefahaman ini kepada manusia.

Tarbiyah menghidupkan kita. Mengecas iman kita.

Saturday, 10 January 2015

nama kau apa? "Redha."

Redha.
Satu benda yang hati sangat berat untuk buat.
Sedang kita yang asyik menggaru kepala duduk memikirkan,
adakah ini yang terbaik Allah dah aturkan?


Percaturan Allah itu tak pernah silap dan tidak akan silap.
Mata kita mungkin nampak sesuatu itu tidak baik untuk kita.
tapi percayalah.
Perancangan Allah yang mana yang tidak baik? Terjeda.


Kita perlu move on. Dimana meletakkan sesuatu benda itu di belakang dan tidak menolehnya lagi,kita gagah untk melangkah setapak ke hadapan.
Dengan bertekad, kita perlu teruskan hidup ini kerana hikmah Allah itu sangat luas.
Percaturan Allah itu sangat cantik. dan segala yg Allah aturkan adalah yang terbaik untuk kita.
Sabar.


Dan percayalah.
Redhalah wahai hati.
Ya Allah didiklah hati aku untuk redha. Ini semua picisan ujian di dunia.
Ini semua fasa fasa yang mencabar buat kita,
dimana kita perlu menghadapi dengan hati yg kental dn suci
Buatmu,ukhty.

Friday, 9 January 2015

Say No "Kitaran Bodoh!"

bila hari hari kita tiada yang luar biasa.
berulang-ulang. sampai satu masa, aku ni diciptakan untuk apa sebenarnya? tidur-makan-kelas-tidur-makan-kelas-study-tidur-makan-kelas-study-berseronok.
cycle yang berulangan.

moga tidak berada dalam kitaran bodoh.
yang hanya menjadi hamba kepada benda yang tak kekal.
sedang mati pun kita taktau bila.