Thursday, 11 October 2012

Diamond. Keep it save!

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong. 
(Get this picture from Mlmh izreen facebook)


Bismillah.

"Terlakar sebuah kenangan."
Khamis bersamaan dengan 11 oktober 2012. 
Alhamdulillah, KAMI, Banat F4 dan F2 (Empat org shj) Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi ke satu Pusat Jagaan Orang Tua di puchong dimana pusat jagaan ini kebanyakannya penghuni yg berada disini dari pesakit hospital yg tiada waris.

Saya tidak akan bercakap panjang. Cukup sekadar ringkasan drpd kenangan yg sudah terpaut dalam memori kami semua. 

Kami sangat berterima kasih kpd Pengetua Pusat Jagaan ni, Puan Muji  kerana sudi menerima kedatangan kami. Memberi kami peluang untuk bersama dengan ibu-ibu, ayah-ayah, merasai betapa besarnya pengorbanan mereka terhadap kita. Betapa mereka telah banyak berkorban untuk kita. 

Ingat, dari dalam perut ibu kita lagi, mereka sudah menjaga dan susah payah menjaganya sehingga sekarang yg masing2 sudah bijak membuat keputusan dan berjaya dalam kehidupan. Ingat! Salah satu kunci untuk kita nak masuk syurga Allah adalah DOA daripada IbuBapa kita. InshaAllah berjaya dunia dan akhirat!

Seterusnya , ada seorang hamba Allah yg suci, yg kami panggil 'oyang', dan oyang memanggil kami dgn panggilan 'nak' sperti biasa. Oyang telah menghidap penyakit HTP dan Stroke, tak silap saya. Oyang sangat cool . Oyang memang pandai speaking english. Kami berborak dgn oyang, kami mendengar nasihat oyang. Nasihat oyang saya ingat sampai sekarang!

"No boyfriend. This is to your own future!."
"Pilih kawan kena hati-hati, jangan pilih kawan yg suka enjoy je."

Bila kami menyuap oyang nasi, oyang berpesan.
"Nasi ni jangan bazir. Kena habiskan jugak, nak. Walau apapun, kena habiskan. Ada orang yg kat luar tak dapat makan nasi."

Walaupun nasihat oyang yg sangat ringkas. Ia sangat bermakna bagi kami.  

Parents just like a diamond. Keep it savely! Keep it carefully! Allah telah kurniakan mereka buat kita. Jangan sia-siakan nikmat ini. Please, appreciate them while they are still alive. And do some kindness toward them. Mereka sangat OSEM sebenarnya.

"Bye. Thank you for coming." -Oyang-

Ya Allah, lindungilah mereka, berikanlah kekuatan kpd mereka, limpahkan rezeki yg melimpah ruah  ke atas mereka, berikanlah kesihatan kpd mereka, bersihkanlah hati-hati mereka, jauhkanlah mereka drpd azab api neraka. Sesungguhnya, mereka itu sangat suci. Kau ampunilah dosa-dosa mereka samada yg sengaja atau tidak sengaja, yang kecil mahupun besar, yg dulu mahupun sekarang. Sungguh, Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.

Wallahuaklam. Peace Be Upon Him. Sekadar perkongsian dan pengajaran.







2 comments:

  1. akak pun pernah join sekolah buat kerja amal dekat rumah orang tua area cheras..
    masyaAllah
    kenangan yang tidak dapat dilupakan..
    ada yg suka bercerita..
    ada yg suka menyanyi..
    ada yg pandai mengait..

    yang paling akak tersentuh..
    ada seorang mak cik tue..
    masa akak nak balik..
    akak salam dengan mak cik tue..
    dia peluk akak dan cium pipi akak..
    dia kata jangan lupa mak kat sini..
    air mata dia dah berjurai-jurai..
    akak tak mampu nak kata apa..
    air mata, akak tahan..
    dalam hati nie..
    akak asyik kata..
    'ya allah jagalaa mereka buat ku sehingga kami dapat bertemu semula'

    :'( dah setahun berlalu...
    banyak perkara yang akak beljar..
    banyak nasihat yang akak perolehi..

    ops! sori comment pepanjang :-)

    http://nurainishahroni.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Memang sedih akak . Ada yg mcm tak kasi kami balik. Sangat suka tgok mereka happy , senyum. Mereka juga ada hak untuk bergembira kan? Bukan setiap masa dibendung kesedihan. Hee. Takpe akak :) Terima kasih beri perkongsian dkt saya ^^ May Allah bless you.

    ReplyDelete