aku nak menulis?
ya, bagi yang tidak kenal, mungkin akan ketawa besar.
susuk tubuh yang kelakar orangnya, tengok muka sahaja boleh mengundang ketawa, yang susah juga nak nampak serius. tapi awas! dalam bekerja, serius! *
tapi bagi yang sudah lama kenal, alhamdulillah, sokongan itu sungguh mengharukan :)
dulu aku tulis sepatah dua patah berpatah-patah ayat saja.
mana ada nak tulis puisi, menulis sampai beribu perkataan ini.
dulu, angan angan mat jenin je kot. wahai!
tapi,
tak salah bukan apa yang kita minat itu,
kita cuba raikan?
kita cuba asah sampai tajam?
aku mula berjinak menulis entri di blog,
kecundang.
diteruskan dengan menulis post-post di media sosial,
agak kurang.
tapi aku jumpa sesuatu,
nak menulis itu kau harus banyak membaca, tak kira lah genre buku apa, tapi kau membaca sampai sarat di kepala. dan kau belajar daripada situ. sedikit sebanyak.
aku mula perasan dan semakin nampak,
sebenarnya, semakin banyak kita menulis, semakin matang ayat-ayat yang dibina. semakin banyak salah dalam penulisan kita, semakin bergaya dan kemas ayat-ayat kita.
otai dalam penulisan pesan
"kalau nak berkarya, kau kena berkarya dengan karya sendiri. biar orang nampak biasa, tapi ianya lahir dari kita."
terima kasih otai!
aku berharap dan semua penulis pasti berharap benda yang sama seperti aku,
setiap bait dan dicoretkan ini,
moga dikira olehNya.
setiap perkataan itu haruslah diterjemah dengan amalnya.
bukan mudah bukan? tapi aku cuba.
oh, jadinya?
tunggu zine sulung aku yang bakal diterbitkan tahun ini.
sekumpulan penulis yang baru "merangkak" dalam dunia penulisan.
#TeamProjekZineMerangkak
- bungalejen_
- encik matahari
- fatihanazarna
- piqa
- zariffasyraf_
- ahstreak
doakan semuanya Allah permudahkan!
No comments:
Post a Comment