Sunday, 17 May 2015

hijrah?

ya. suatu tika dahulu. aku juga pernah kenal erti jahiliyah. pernah kenal erti tarbiyah. subhanallah, sungguh berharga hidayah Allah. hijrah.

hijrah. bukan nama mak aku, bukan nama kucing aku. hijrah bukan kata nama. tapi satu kata kerja.

"ehh bro, hijrah tu apa?"

haa meh sini aku nak cerita.
hijrah tu kalau dari segi lughahnya, bermaksud "berpindah" atau banyak lagi definisi lain yang lebih tepat dan osem yang korang boleh letak.

definisi peribadi aku tentang "hijrah" adalah,
pabila kau sedang kembali menuju pulang kepada Allah, dalam pada masa yang sama, kau sedang kayuh pelan-pelan untuk tinggalkan jahiliyah ke belakang!
secara kau tak sedar, kau sudah berhijrah. moga istiqamah!

tapi,
bukan semudah itu.
tidak dikatakan kau tu beriman selagi kau tidak diuji olehNya.
mana mungkin semudah itu, hehh.
syurga pun mahal harganya, bukan?
atas sebab itulah nak dapatkannya bukan mudah!

pastinya,
ada orang tidak suka kita berhijrah. berubah.
ada orang taknak kawan kita sebab dah berubah.
ada antara ahli keluarga kita tak menyokong kita untuk berubah.
ada je orang nak tomah.
kita bukan buat jahat dan dosa dekat depa pun?
kita cuba buat baik, untuk Allah.
kita cuba tinggalkan karat jahiliyah, untuk Allah.

ayuh teman-teman gua yang paling kiut,
usah kau ambil kisah apa yang manusia sekeliling kata.
kau berubah kerana Allah, bukan kerana mereka. manusia.
kau kena tetap dengan jalan yang kau dah pilih dan terjun ni!
jangan hanya sebabkan peluru kata yang padu tu, buatkan kau makin elergik nak berubah, makin buat kau jauh drpd Allah. jangan. aku kata, jangan. aku ulang, jangan.

tak apa lah kalau tiada siapa nak berada sama-sama dengan kau.
kawan rapat, makin jauh.
family, kurang sokong.
tapi,
kau kena percaya dan yakin!
Allah tu sentiasa ada dgn hamba Dia yang nak kembali kepadaNya.
percayalah. kau harus kuat dan yakin!
satu hari nanti, mereka semua  pasti akan datang kembali dan menyokong padu dengan apa yang kau lalui :) insya Allah, semoga.

bila nak berubah ni, benda paling susah adalah sekor makhluk ni haa!

ISTIQAMAH.

kunci kepada istiqamah ialah ikhlas dalam perubahan. simple.
kau jangan pumpang terus nak buat amal-amal yang besar, tapi kau mula dari bawah. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. biar sikit asalkan berterusan. yang tu lagi Nabi suka. serius.

dan paling penting dalam perubahan ni,
kau kena keep on "contact" with Him,
sentiasa doa, pinta pd Dia, agar di-thabatkan di atas jalan menuju syurgaNya.

kuatkan tekadmu,
kuatkan azammu,
perbaharui niatmu,
perbaharui taubatmu,
hijrah ini,
tidak dibentang karpet merah juga 
tidak ditabur bunga mawar merah
kerana syurga itu tinggi nilainya, mahal harganya,
jadi tak semudah itu, 
untuk kau kecapi.
bantuan Ilahi sentiasa ada.

paling marhaen,
PutriAdeila.

No comments:

Post a Comment