ramai yang bertanya perihal ini,
"ehh, boleh ke korang nak terbitkan zine ni? pastu nak terbitkan buku nanti, agak agak ada orang nak baca ke?"
ya, ramai yang bertanya soalan yang mirip-mirip ini.
kakak kakak abang abang pakcik mokcik luar sana,
kita menulis dan menghasilkan sebuah karya ini bukanlah inginkan sanjungan semata, mencipta nama sahaja, bukanlah kita melihat benda benda yang berbentuk material dan duniawinya sahaja. malah, kita melihat lebih menembusi tembok itu.
percayalah,
semua penulis yang aku kenali dan sangat femes dikalangan kita yang mendahagakan penulisan-penulisan berbentuk tarbawi dan dakwi ini, antaranya, Inche Gabbana, Inspector Saahab, Afiq Sazlan, Adnin Roslan, Aiman Al-banna, Muharikah, dan sebagainya. ya, mereka juga semestinya tidak hanya pandang kepada duniawi sahaja. malah, masing-masing memiliki visi dan misi yang aku kira lebih besar. subhanallah, sungguh, selepas syed qutb, penulis puisi yg terhebat itu, nama-nama dan hasil karya-karya di atas lah inspirasi buat aku. karya mereka membuat aku ternganga. kahh! *cliche
selepas panjang lebar mukaddimah ni, tiba masa untuk aku masuk ke tajuk yang sepatutnya. mungkin lebih kepada pendapat peribadi aku. jadinya, tak semua akan bersetuju dengan apa yang aku cakapkan ni. baik.
cabaran dan persaingan.
ye, dalam arena menulis ni memang ada persaingan yang sangat kuat. dimana, semua orang nak menulis. semua orang hebat menulis. aku tidak menafikan semua tu.
aku cuba pesan kepada teamProjekZine,
"kerja kerbaikan dan kerja-kerja membawa manusia dekat dengan Tuhan, membawa manusia lebih sayang Nabi melalui karya-karya yang ditulis. dan itu adalah kerja semua. semua berhak. semua juga inginkan."
bayangkan,
kita menulis. even sepatah dua kata, manusia baca,
dah mengalir pahala,
mereka retweet/repost dan share dimana-mana pun apa yang anda tulis itu,
mengalir lagi pahala.
subhanallah!
Allah saja yang mengetahui banyaknya. tak terkira.
jadi,
kita kena tetap cuba melangkah dengan bergaya, dengan kemas, untuk membawa manusia dekat dengan Tuhan dan lebih sayangkan Nabi melalui karya-karya yang kita hasilkan. kerana pada akhir kerja kita, Allah juga yang lancarkan, yang memberi peluang kepada kita semua. sedikit sebanyak menjadi saham akhirat buat kita semua.
insya Allah,
lillahi taala!
...................................................
buat penulis-penulis tegar di luar sana!
ayuh,
jangan takut untuk melangkah,
malah takutlah pd Allah,
kerana,
kita menulis bukan hanya sebab 'nama' sahaja,
malah untuk capai redha-Nya. insya Allah, semoga!
..
*menarik nafas lega*
tak percaya dapat buat entri yang agak kelakor dan berbelit sebenarnya. haha! 'ala kulli hal, alhamdulillah, Tuhan yang menggerakkan jari-jari untuk menulis di papan kekunci ini.
penulis yang marhaen,
PutriAdeila.
Hebat sangat ni T.T
ReplyDelete